Rabu, 29 Februari 2012

Aku & Himpunan Hijau 2.0

Pada hari Ahad lepas (26 Feb 2012) aku bersama-sama keluarga melapangkan masa bersama-sama penduduk sekitar Kuantan untuk menyatakan bantahan pembinaan Kilang Nadir Bumi Lynas di Gebeng. Kilang ini dikatakan akan menghasilkan kesan Radioaktif kepada penduduk sekitarnya termasuklah aku yang tinggal begitu hampir dengan kilang tersebut.

Ada juga satu golongan yang menyokong projek tersebut dengan alasan radioaktif yang dihasilkan begitu kecil dan tidak berbahaya. Semua penyokong dan penentang projek itu ada fakta (@ auta) bagi menyokong tindakan masing-masing..

Bagi aku yang kurang arif dengan bahan kimia ni, lebih baik aku menolak projek dari menjadi bahan kajian bahaya atau tidak kilang ini sepertimana sejarah Bukit Merah. Lepas 10 tahun baru tahu kesannya. Masa itu jika berbahaya, aku dan keluarga aku yang menanggung akibatnya. Orang lain hanya boleh memandang. Jadi aku tentang projek ini dibuat berdekatan dengan rumah aku... Kalu nak buat juga, pergi la cari tempat yang jauh dari rumah aku.


Aku & Iguana @ Sesumpah

Ada sesiapa kenal tak binatang ni... Ada yang cakap iguana, ada yang cakap sesumpah & ada juga yang cakap cicak kubin?? mana satu yang betul yer... aku ingat iguana & sesumpah tu benda yang sama.

Pasal apa pula aku tanya pasal binatang ni kan... Sebenarnya, masa aku tengah syok duk setting inkubator buatan aku dulu datang 2 orang budak anak jiran aku mengadu jumpa ular besar depan rumah aku masa dia nak tangkap iguana. Aku gi tengok rupa-rupanya binatang ni yang dioranng kejar. Aku bukan kenal sangat dengan binatang ni. Yang aku tau harga iguana mahal harganya. Aku pun join sekali la dengan diorang gi tangkap binatang ni.. hihihi... Dapat tangkap 2 ekor...

Aku pun siapkan sangkar untuk binatang ni. Sambung tangkap lagi dapat la 5 ekor.. bila dah banyak tu aku kompius pulak. Betul ke binatang ni iguana.. takkan la barang mahal mudah sangat nak jumpa.
Untuk memuaskan hati aku, aku buar research di internet dengan nama iguana, sesumpah & cicak kubin... macam-macam yang keluar.. kebanyakkan mengatakan spesis ini adalah sesumpah. Ada juga yang kata cicak kubin. Lepas di kaji-kaji... rupa-rupanya binatang ini adalah "changeable lizard" atau calotes atau nama melayunya cicak boleh ubah ;-) yeker...

Serba sedikit berkenaan cicak ini >>>
Binatang ini adalah dari keluarga cicak seperti mana iguana, sesumpah, cicak kubin, biawak, buaya dan banyak lagi. Di Malaysia binatang ini glamor dengan nama sesumpah sebabnya warnanya boleh berubah-ubah. Sepanjang pemerhatian aku, binatang ini hanya berubah 3 warna iaitu coklat kelabu, kehitaman dan merah keorenan bukannya seperti sesumpah yang boleh berubah mengikut tempat dia berpijak seperti binatang ni >>>
Cameleon
Mungkin ada sifat yang sama iaitu suka menukar-nukar warnanya, tapi mereka berbeza spesis. Sesumpah ini di panggil Cameleon tapi yang aku tangkap tu Calotes. Jadi aku kelaskan binatang tu bukan sesumpah. Persamaan lain antara Calotes & Cameleon adalah mereka memakan serangga. Tapi lidah cameleon panjang dan lidah dan mulut calotes pendek seperti Iguana..

Green Iguana
Calotes
Iguana
Kalau tengok sekali imbas memang wajah Calotes lebih mirip dengan Iguana. Maka tak salah la budak-budak tu memanggil Calotes sebagai Iguana. Bezanya iguana ni tidak memakan serangga kerana mereka dalam golongan herbival iaitu memakan tumbuh-tumbuhan. Iguana ini lebih besar dari Calotes dan mampu hidup sehingga 20 tahun.

Calotes jauh beza dari binatang ni >>>

Cicak Kubin

Aku & Arnab Sakit Mata

Balik kerja hari tu aku macam biasalah gi tinjau-tinjau haiwan peliharaan aku sambil bagi makan. Sampai kat reban arnab, aku tengok lain macam jer kat mata sekor arnab tu. Teliti punya teliti rupanya ada sekor kutu melekat kat situ. Mata sebelah lagi macam ada selapuk kat atas mata hitam. Kesian pulak.
Jahat betul kutu ni
Aku berusaha untuk mencabut kutu tu. Dengan menggunakan minyak masak aku sapu di atas kutu tersebut. Agak-agak kutu tu dah lemas, aku cabut menggunakan pengepit.
Lepas tu aku sapu sedikit minyak gamat di tempat yang digigit. Untuk mata sebelah lagi aku nak titis eyemo tapi tak jumpa pulak.

Untuk rekod, Arnab-arnab ni dah genap sebulan hidup dengan aku....

Aku & Inkubator

Dah lama rasanya tak updated blog ni.. Bukannya takde cerita tapi takde masa.. Cerita tu tak pernah habis...

Kali ni aku nak tunjuk projek baru aku. INKUBATOR!!!

Projek segera ini di buat setelah ayam abah banyak bertelur tapi tinggal merata-rata. Hampir 15 biji semuanya. Tak nak di eram pun. Dengan sedikit research di internet, aku cari bahan-bahan yang diperlukan untuk menjayakan projek ini. Hasilnya macam ni la....

Kos keseluruhan projek Inkubator ni hanyalah RM 45...  Mesti tak berapa nakk percaya kan... Aku hanya perlukan Thermostat (RM25), Lampu (10biji) & Soket (5biji) RM20.. Barang-barang lain semua yang terpakai jer..jadinye FREE jer la. Termasuk termometer...

Tengah buat pendawaian lampu
Masa buat test selepas wiring, 2 kali kabel ni terbakar. Akhirnya tukar semua sekali dengan kabel lain
Siap jer inkubator ni dengan testing semua sekali, aku nak pergi la ambik telur-telur tu tapi ibu ayam dah mula mengeram pulak... Nak berebut dengan aku rupanya ayam ni...

Apa-apa pun aku ambik juga 2 biji untuk buat eksperimen keberkesanan inkubator buatan aku sendiri.. Tunggulah 21 hari lagi berjaya menetas atau tidak telur-telur tu. Harapnya berjaya la...

p/s: Sori gambar kurang jelas sebab guna kamera hanfon jer...

Rabu, 15 Februari 2012

Aku & Arnab

Kali ni aku tunjuk gambar perkembangan arnab-arnab yang aku dah bela hampir 3 minggu.
Akhirnya arnab-arnab ini mendapat hak sepenuhnya menggunakan reban ini setelah itik berpindah ke reban lain
Si Putih & Si Perang sedang menjamu selera
Si Putih sedang memakan hay. Belum jinak sepenuhnya
Disebabkan aku selalu balik kerja lewat aku hadiahkan arnab-arnab ini dengan tempat makanan automatik. Barulah tak kelaparan menunggu aku balik.
Ini pulak bekas air automatik yang dapat membekalkan air bersih sepanjang waktu. Kos kedua-dua bekas automatik ni hanya RM4. Kos bekas tappow tu jer..

Aku & Napier Dah 2 Minggu

Napier aku semakin membesar dan semakin subur. Mesti biri-biri aku geram tengok rumput ni...hihihi...

Tapi belalang dah belasah dulu... berlubang-lubang daun tu.. Takpe...tunggu la aku sembur ngan racun nanti... tengok berani ke tak ko datang lagi... hihihi....

Aku & Percutian Di Terengganu

Cuti hujung minggu lepas aku dan keluarga pergi ke Kuala Terengganu untuk berjalan-jalan... Asalnya nak pergi memenuhi jemputan 2 orang kawan aku berkahwin pada hari tersebut.

Aku bertolak dari rumah lebih kurang 10 pagi pada pagi Sabtu. Sampai di Rusila lebih kurang pukul 12 tghr. Kat situ rumah kawan aku Muhaimin. Kawan 1 TM. duk berjiran dengan aku. Lepas solat Zohor aku bergerak menuju ke Felda Chalok Barat, Setiu.

Kat sini member aku paling rapat semasa belajar di Teknik Dungun buat majlis khawin. Mohd Rizwan Othman @ Setiu. Aku sampai lebih kurang pukul 4:30 petang. Lauk dah nak habis.. Tapi aku tak kisah sangat sebab bukan datang nak makan pun.. Dapat jumpa member lama paling penting...
Bergambar dengan pengantin di depan rumah. Semoga diberkati Allah
Lepas berborak panjang dengan Setiu, aku beredar ke bandar Kuala Terengganu untuk mencari hotel. Pusing punya pusing aku jumpa la Hotel Sri Tanjung di hadapan Shahbandar. RM 60/night..Ok gak la hotel tu. Aku tidor sana pun sebab nak ke Institut perguruan isteri aku kat Batu Rakit keesokkan hari sambil jalan2 Terengganu.

di Shahbandar depan Hotel.
Malam tu lepak kat dataran Shahbandar tengok bola Liga Super Terengganu Vs Kelantan.. Kelantan menang 2-1.. Gomo Kelate Gomo...
My Famili

Rabu, 8 Februari 2012

Aku & Napier Berumur 1 Minggu

Hari ni tak nak cerita panjang-panjang... biar gambar yang menceritakan segalanya...hihihi...

Seronok tengok Napier yang ditanam telah naik dengan subur...