Isnin, 26 Mac 2012

Aku & Puyuh

Assalamualaikum....
Hari Jumaat lepas 23 Mac 2012 aku dengan tak sengajanya telah membeli anak puyuh untuk dibaikkan.. Ini disebabkan kegagalan inkubator aku beropeasi dengan sempurna. Setelah cukup masa aku berikan kepada telur-telur tu untuk menetas, akhirnya aku membuat keputusan unuk memaksa beliau menetas... Jadinya begini la...
Jadi, untuk menambahbaik inkubator aku ni aku memerlukan telur-telur yang boleh dieram untuk bahan eksperimen aku. Keputusannya aku akan membela puyuh untuk mendapatkan telur-telurnya. Sebabnya kadar pembesaran & tempoh matang puyuh agak cepat berbanding ayam. 

Dengan tak semena-mena pagi Jumaat tu aku deal dengan bro Mamat Melake (Blog dia boleg tgk kt SINI) untuk membeli anak-anak puyuhnya.. Alhamdulillah aku dapat anak puyuh last dari inkubatornya. Katanya induk-induk puyuh tu semua dah disembelih buat gulai. Dia nak beralih kepada ayam pula. Aku dapat 13 ekor puyuh putih dan 6 ekor puyuh coklat dengan harga RM10. TQ bro...

Dalam brooder bersama anak ayam kampung
Anak-anak puyuh tersebut aku letakkan bersama-sama 8 ekor anak ayam kampung yang berumur seminggu di dalam brooder. Tapi aku kena letak dawai sempadan bagi mengelak anak-anak ayam tu terpijak anak puyuh.

Reban untuk puyuh dewasa juga aku terpaksa bina dengan segera memandangkan aku memang tiadak ada tempat untuk meletak mereka ini bila dah besar. Pagi Sabtu lepas selepas membari makan ternakan-ternakan lain, aku mulakan projek reban puyuh..

Kali ni pun macam projek-projek sebelum ni juga, Semuanya dari bahan terpakai dan kitar semuala... Kayu-kayu aku dapatkan di sekitar rumah. Kebanyakkan kayu dari pagar lama belakang rumah dan kayu pallet batu bata untuk projek repair longkang depan rumah aku.. Yang kena beli untuk projek ini hanya jaring dawai (BRC) sepanjang 3 meter dengan harga RM8 semeter dan paku RM4 sekilo. Reban tu berjaya siap 80% memandangkan ada tetamu yang bertandang ke rumah aku & hari Ahad aku keluar shoping dengan keluarga. Baki 20% lagi akan disiapkan pada hari Sabtu depan. Harapnya tiada halangan lagi.

Gambar reban dan proses pembinaannya aku lupa nak tangkap sebab terlampau kusyuk bina seorang diri. Nanti dah siap aku tangkap gambar & tunjuk kat korang...

Khamis, 22 Mac 2012

Aku & Cerita Inkubator

Hari ni dah masuk hari yang ke-22 telur ayam aku eram di dalam inkubator yang aku cipta sendiri. Tapi masih takde tanda-tanda untuk menetas... kat mana silap erk.. aku rasa dah ikut semua syarat-syarat wajib sebuah inkubator....

Kalau masih ingat, dulu aku dah cerita yang aku masukkan 2 biji telur dari ibu ayam abah aku ke dalam inkubator kan??? Selepas 5 hari aku suluh telur-telur tu. dari pemerhatian aku, telur tu tak berbenih. Mungkin dah lebih seminggu keluar dari rahim ibu dia.
Ini keadaan telur selepas di pecahkan
Tepat 1-3-2012 aku masukkan 5 biji telur ayam kampung ke dalam inkubator ini. Telur ni abah aku minta dari kawan dia.. Selepas 5 hari aku suluh, Alhamdulillah semua nampaknya ada benih...

Selepas 10 hari aku suluh lagi, sebiji telur nampak gelap tanpa ada urat darah.. Aku suspek embrio tu dah mati. aku tunggu sampai hai ke 15 untuk confirmkan. Selepas 15 hari, confirm telur tu dah mati. 4 biji lagi dalam keadaan normal. Ada yang dah nampak gerakkan anak di dalam telur.
Sayang betul.... dah ada sifat pun...
Setelah tamat tempoh eraman selama 21 hari semalam aku tengok 4 biji telur tu takde pun tanda-tanda nak menetas. Dekat pukul 7 malam semalam aku ambil keputusan nekad untuk membantu telur tu menetas.. Lepas aku tebuk je sikit kulit die aku nampak ada lagi kuning telur. Pelik gak aku.. sepatutnya yang ada hanya anak ayam... Oleh disebabkan keterlanjuran aku itu, aku pun membuat keputusan untuk terus memecahkan telur tersebut..Hasilnya macam ni la....
Yang ni lagi sayang... Nak tunggu masa untuk keluar jer....
Sekarang ni tinggal 3 biji je dalam inkubator ni.. Yang ni pun aku tak menaruh harapan tinggi untuk menetas.. Kalau ada rezeki, ada la.. kalau takde rezeki biarla dia meletop dalam tu....

Ada sesiapa tahu tak kenapa telur ni tak menetas selepas 21 hari... kalau ikut progres dari mula memang cantik dah perkembangan janin ayam ni.. Kenapa sampai masa menetas tapi tak menetas plak.. Adakah anak ayam ini dah mati dalam telur lagi sebab aku tengok kulit telur pun lain sikit. Ada bintik-bintik macam telur tembelang.

Inilah Inkubator aku



Rabu, 21 Mac 2012

Aku & Projek Budgie Bermula

Alhamdulillah... hari Sabtu yang lepas (17-3-12) aku berjaya mendapatkan 2 pasang budgie yang comel. Aku membelinya dari Bro Jeff yang aku dapat no contact dari Mudah.My...

Banyak juga binatang peliharaan di belakang rumah teres dia tu... Burung-burung pun ada bermacam jenis..

Ini 4 ekor yang aku beli dengan harga RM40 sepasang
Sengaja aku pilih yang berlainan warna bagi nampak meriah sikit.Warna Putih dan Kuning+Hijau tu jantan, Warna Biru & Hijau tu betina...

Dah di pindahkan kedalam sangkar
Bertambah lagi sepasang.. Abah aku beli di Kota Bharu dengan harga RM35 sepasang...

Tapi malang menimpa diriku.. Setelah 4 hari burung-burung ni hidup dengan aman didalam sangkar baru mereka, datang kucing jahat bersama tuannya yang nakal menakutkan burung-burung aku ini.. Hasilnya seekor dari burung ni diserang "heart attack" sehinggakan menjadi monyok dan najis penuh dipunggung... Pada awalnya aku ingat burung tu ok sebab dia duk tidur dalan nestbox jer sebelum aku pergi kerja semalam.. Tapi petang semalam lepasa kau balik kerja, aku tengok burung tu dah memang tahap kritikal di tepi bekas air.

Aku terpaksa pindahkan burung tu ke wad ICU untuk perhatian rapi. Selepas dibersihkan punggung dan dipaksa minum ubat, nampak ada sedikit perubahan positif keatas burung tu. Aku pun tinggalkan dia seekor diri didalam bilik sementara aku nak settelkan kucing yang asyik duk mensurprisekan burung-burung aku tu... Lepas aku settle dengan kucing tu, aku masuk balik bilik tu... Sedih aku tengok pesakit aku dah nyawa-nyawa ikan. Ada seekor lagi anak kucing yang menganggu burung tu... Usaha-usaha terakhir aku dengan membuat CPR juga sudah tidak menunjukkan burung itu akan sembuh.. Akhirnya dalam 5 minit burung itu menghembuskan nafas terakhirnya di atas tangan aku...Sedihnya...

Pagi ini aku bangun dengan tekad menghapuskan semua kucing yang bertandang ke rumah aku... Pagi ini aku tangkap seekor ibu kucing dan dijatuhkan hukuman buang daerah.. Aku dah hantar kucing tu jauh dari rumah aku.. lebih kurang 45KM... Kucing-kucing lain yang masih berani menjejak kaki ke halaman rumah aku, siaplah terima nasib yang sama... Arahan Kurantin 20 meter dari sangkar juga di keluarkan dengan serta merta.. Budak-budak pengacau dilarang terus untuk masuk ke halaman rumah aku...

Sekarang ini sangkar aku hanya ada 3 jantan 2 betina.. harap-harap yang jantan tak berebut betina sementara aku mencari ganti.


Khamis, 15 Mac 2012

Aku & Cerita Napier

Napier yang aku tanam dah berumur sebulan lebih... Alhamdulillah semua sihat-sihat dan semakin tinggi...

Tapi banyak pula musuh dia... Belalang semakin menjadi-jadi menyerang daun rumput ni. habis berlubang-lubang... Sehari dua lepas babi pula berjaya menerobos masuk ke dalam pagar tanaman aku. Nasib baik la hanya 4 batang pokok je yang dia patahkan, kalau tak rugi besar aku...

Sekarang ni pula hujan lebat tak henti-henti.. Kawasan tanaman aku dah tenggelam dek air hujan... Biri-biri aku pun dah 3 hari tak pijak tanah. Makan pun palet jer...dah macam sembelit aku tengok. kesian ko biri-biri... Aku ni kerja baliklewat tak sempat nak mencari rumput utk ko macam mula-mula ko sampai kandang tu dulu... maaf kan aku yer....


Aku & Projek Budgie

Comelkan binatang ni...
Sebenarnya aku dah lama aim nak bela burung ni... tapi masih tak berezeki nak dapat.. Tanya kat pet shop pun yang dia jual tu tak tau asal usul..  takut2 aku beli ang dah dimandulkan..memang tak berbiak la burung ni...

Selepas aku buat research pasal iguana dulu..(ingat tak).. akhirnya aku lepas semuala iguana yang aku tangkap tu.. Sangkar untuk iguana tu aku ubahsuai untuk masukkan burung ni..Nestbox pun aku dah buat dua biji dari papan terpakai.. Lupa nak ambil gambar hasil kerja aku tu...

Sekarang ni tengah tunggu burung budgie yang bertuah dapat menarik hati aku... Insyaallah sehari dua lagi akan terisi sangkar tu...


Laju je binatang ni lari bila aku memerdekakan mereka semua...

Aku & Sate

Agak lama aku tak update blog ni... Sibuk sikit 2 3 hari lepas..
Bermula minggu lepas aku telah memulakan satu perusahan baru bersama kawan aku Azizi..
Aku telah membuka gerai sate bersebelah restoran di kampung aku...Alhamdulillah, bisnes berjalan dengan lancar.. Malahan telah dapat tempahan dari seseorang untuk majlis hari jadi anaknya..

Bisnes sate ni aku buat secara part time pada malam hari minggu saja. Tapi kepada yang teringin nak makan sate yang aku buat, boleh je tempah pada bila-bila masa...

Terima kasih kepada semua pelanggan aku yang telah mencuba sate aku ini. Sekiranya ada sebarang kekurangan, boleh maklumkan kepada aku dengan segera untuk penambahbaikan.... Kepada yang memberi sokongan moral juga aku ucapkan ribuan terima kasih kepada korang semua....

Selasa, 6 Mac 2012

Aku & BR1M

Hari ni aku dengan senang hatinya menunaikan baucer tunai BR1M RM500. Tapi malangnya sebelum dapat cash duit, duit dah habis bayar hutang-hutang lapuk....

Rabu, 29 Februari 2012

Aku & Himpunan Hijau 2.0

Pada hari Ahad lepas (26 Feb 2012) aku bersama-sama keluarga melapangkan masa bersama-sama penduduk sekitar Kuantan untuk menyatakan bantahan pembinaan Kilang Nadir Bumi Lynas di Gebeng. Kilang ini dikatakan akan menghasilkan kesan Radioaktif kepada penduduk sekitarnya termasuklah aku yang tinggal begitu hampir dengan kilang tersebut.

Ada juga satu golongan yang menyokong projek tersebut dengan alasan radioaktif yang dihasilkan begitu kecil dan tidak berbahaya. Semua penyokong dan penentang projek itu ada fakta (@ auta) bagi menyokong tindakan masing-masing..

Bagi aku yang kurang arif dengan bahan kimia ni, lebih baik aku menolak projek dari menjadi bahan kajian bahaya atau tidak kilang ini sepertimana sejarah Bukit Merah. Lepas 10 tahun baru tahu kesannya. Masa itu jika berbahaya, aku dan keluarga aku yang menanggung akibatnya. Orang lain hanya boleh memandang. Jadi aku tentang projek ini dibuat berdekatan dengan rumah aku... Kalu nak buat juga, pergi la cari tempat yang jauh dari rumah aku.


Aku & Iguana @ Sesumpah

Ada sesiapa kenal tak binatang ni... Ada yang cakap iguana, ada yang cakap sesumpah & ada juga yang cakap cicak kubin?? mana satu yang betul yer... aku ingat iguana & sesumpah tu benda yang sama.

Pasal apa pula aku tanya pasal binatang ni kan... Sebenarnya, masa aku tengah syok duk setting inkubator buatan aku dulu datang 2 orang budak anak jiran aku mengadu jumpa ular besar depan rumah aku masa dia nak tangkap iguana. Aku gi tengok rupa-rupanya binatang ni yang dioranng kejar. Aku bukan kenal sangat dengan binatang ni. Yang aku tau harga iguana mahal harganya. Aku pun join sekali la dengan diorang gi tangkap binatang ni.. hihihi... Dapat tangkap 2 ekor...

Aku pun siapkan sangkar untuk binatang ni. Sambung tangkap lagi dapat la 5 ekor.. bila dah banyak tu aku kompius pulak. Betul ke binatang ni iguana.. takkan la barang mahal mudah sangat nak jumpa.
Untuk memuaskan hati aku, aku buar research di internet dengan nama iguana, sesumpah & cicak kubin... macam-macam yang keluar.. kebanyakkan mengatakan spesis ini adalah sesumpah. Ada juga yang kata cicak kubin. Lepas di kaji-kaji... rupa-rupanya binatang ini adalah "changeable lizard" atau calotes atau nama melayunya cicak boleh ubah ;-) yeker...

Serba sedikit berkenaan cicak ini >>>
Binatang ini adalah dari keluarga cicak seperti mana iguana, sesumpah, cicak kubin, biawak, buaya dan banyak lagi. Di Malaysia binatang ini glamor dengan nama sesumpah sebabnya warnanya boleh berubah-ubah. Sepanjang pemerhatian aku, binatang ini hanya berubah 3 warna iaitu coklat kelabu, kehitaman dan merah keorenan bukannya seperti sesumpah yang boleh berubah mengikut tempat dia berpijak seperti binatang ni >>>
Cameleon
Mungkin ada sifat yang sama iaitu suka menukar-nukar warnanya, tapi mereka berbeza spesis. Sesumpah ini di panggil Cameleon tapi yang aku tangkap tu Calotes. Jadi aku kelaskan binatang tu bukan sesumpah. Persamaan lain antara Calotes & Cameleon adalah mereka memakan serangga. Tapi lidah cameleon panjang dan lidah dan mulut calotes pendek seperti Iguana..

Green Iguana
Calotes
Iguana
Kalau tengok sekali imbas memang wajah Calotes lebih mirip dengan Iguana. Maka tak salah la budak-budak tu memanggil Calotes sebagai Iguana. Bezanya iguana ni tidak memakan serangga kerana mereka dalam golongan herbival iaitu memakan tumbuh-tumbuhan. Iguana ini lebih besar dari Calotes dan mampu hidup sehingga 20 tahun.

Calotes jauh beza dari binatang ni >>>

Cicak Kubin

Aku & Arnab Sakit Mata

Balik kerja hari tu aku macam biasalah gi tinjau-tinjau haiwan peliharaan aku sambil bagi makan. Sampai kat reban arnab, aku tengok lain macam jer kat mata sekor arnab tu. Teliti punya teliti rupanya ada sekor kutu melekat kat situ. Mata sebelah lagi macam ada selapuk kat atas mata hitam. Kesian pulak.
Jahat betul kutu ni
Aku berusaha untuk mencabut kutu tu. Dengan menggunakan minyak masak aku sapu di atas kutu tersebut. Agak-agak kutu tu dah lemas, aku cabut menggunakan pengepit.
Lepas tu aku sapu sedikit minyak gamat di tempat yang digigit. Untuk mata sebelah lagi aku nak titis eyemo tapi tak jumpa pulak.

Untuk rekod, Arnab-arnab ni dah genap sebulan hidup dengan aku....

Aku & Inkubator

Dah lama rasanya tak updated blog ni.. Bukannya takde cerita tapi takde masa.. Cerita tu tak pernah habis...

Kali ni aku nak tunjuk projek baru aku. INKUBATOR!!!

Projek segera ini di buat setelah ayam abah banyak bertelur tapi tinggal merata-rata. Hampir 15 biji semuanya. Tak nak di eram pun. Dengan sedikit research di internet, aku cari bahan-bahan yang diperlukan untuk menjayakan projek ini. Hasilnya macam ni la....

Kos keseluruhan projek Inkubator ni hanyalah RM 45...  Mesti tak berapa nakk percaya kan... Aku hanya perlukan Thermostat (RM25), Lampu (10biji) & Soket (5biji) RM20.. Barang-barang lain semua yang terpakai jer..jadinye FREE jer la. Termasuk termometer...

Tengah buat pendawaian lampu
Masa buat test selepas wiring, 2 kali kabel ni terbakar. Akhirnya tukar semua sekali dengan kabel lain
Siap jer inkubator ni dengan testing semua sekali, aku nak pergi la ambik telur-telur tu tapi ibu ayam dah mula mengeram pulak... Nak berebut dengan aku rupanya ayam ni...

Apa-apa pun aku ambik juga 2 biji untuk buat eksperimen keberkesanan inkubator buatan aku sendiri.. Tunggulah 21 hari lagi berjaya menetas atau tidak telur-telur tu. Harapnya berjaya la...

p/s: Sori gambar kurang jelas sebab guna kamera hanfon jer...

Rabu, 15 Februari 2012

Aku & Arnab

Kali ni aku tunjuk gambar perkembangan arnab-arnab yang aku dah bela hampir 3 minggu.
Akhirnya arnab-arnab ini mendapat hak sepenuhnya menggunakan reban ini setelah itik berpindah ke reban lain
Si Putih & Si Perang sedang menjamu selera
Si Putih sedang memakan hay. Belum jinak sepenuhnya
Disebabkan aku selalu balik kerja lewat aku hadiahkan arnab-arnab ini dengan tempat makanan automatik. Barulah tak kelaparan menunggu aku balik.
Ini pulak bekas air automatik yang dapat membekalkan air bersih sepanjang waktu. Kos kedua-dua bekas automatik ni hanya RM4. Kos bekas tappow tu jer..

Aku & Napier Dah 2 Minggu

Napier aku semakin membesar dan semakin subur. Mesti biri-biri aku geram tengok rumput ni...hihihi...

Tapi belalang dah belasah dulu... berlubang-lubang daun tu.. Takpe...tunggu la aku sembur ngan racun nanti... tengok berani ke tak ko datang lagi... hihihi....

Aku & Percutian Di Terengganu

Cuti hujung minggu lepas aku dan keluarga pergi ke Kuala Terengganu untuk berjalan-jalan... Asalnya nak pergi memenuhi jemputan 2 orang kawan aku berkahwin pada hari tersebut.

Aku bertolak dari rumah lebih kurang 10 pagi pada pagi Sabtu. Sampai di Rusila lebih kurang pukul 12 tghr. Kat situ rumah kawan aku Muhaimin. Kawan 1 TM. duk berjiran dengan aku. Lepas solat Zohor aku bergerak menuju ke Felda Chalok Barat, Setiu.

Kat sini member aku paling rapat semasa belajar di Teknik Dungun buat majlis khawin. Mohd Rizwan Othman @ Setiu. Aku sampai lebih kurang pukul 4:30 petang. Lauk dah nak habis.. Tapi aku tak kisah sangat sebab bukan datang nak makan pun.. Dapat jumpa member lama paling penting...
Bergambar dengan pengantin di depan rumah. Semoga diberkati Allah
Lepas berborak panjang dengan Setiu, aku beredar ke bandar Kuala Terengganu untuk mencari hotel. Pusing punya pusing aku jumpa la Hotel Sri Tanjung di hadapan Shahbandar. RM 60/night..Ok gak la hotel tu. Aku tidor sana pun sebab nak ke Institut perguruan isteri aku kat Batu Rakit keesokkan hari sambil jalan2 Terengganu.

di Shahbandar depan Hotel.
Malam tu lepak kat dataran Shahbandar tengok bola Liga Super Terengganu Vs Kelantan.. Kelantan menang 2-1.. Gomo Kelate Gomo...
My Famili

Rabu, 8 Februari 2012

Aku & Napier Berumur 1 Minggu

Hari ni tak nak cerita panjang-panjang... biar gambar yang menceritakan segalanya...hihihi...

Seronok tengok Napier yang ditanam telah naik dengan subur...


Selasa, 31 Januari 2012

Aku & Hari Minggu Yang Banyak Cerita

Salam...
Hujung minggu lepas banyak betul yang terjadi... Ada yang dirancang dan ada juga yang tak dirancang berlaku... Nak start yang mana dulu yer.... Aku cerita ikut kronologi la yer... senang sikit...

Sabtu (28-01-2012)
Cadangnya pagi tu aku nak repair pagar kandang biri-biri aku yang dah mula reput.. Biri-biri aku sesuka hati dia jer keluar masuk.. Habis dia tibai pokok bunga orkid ma aku.. Mengamuk sakan ma aku.. Tapi ditakdirkan pagi tu hujan kadang-kadang lebat..

Jadi aku buat keputusan untuk bawa anak aku Izzulislam ke klinik untuk check demam.. Aku suspek dia deman pada hari Jumaat lagi sebab suhu badan dia kejap naik kejap turun.. Aku pergilah Klinik Ibnu Sina Kemaman (klinik panel syarikat aku kerja).. Doktor check dan sah dia demam. Tapi tak kuat sangat... Lepas tu aku hantar isteri dan anak aku ke rumah mak mertua aku.. Aku nak keluar semula...
Kesian anak abah

Adik aku Imran (MA Hospital Klang) balik bercuti selama 6 hari... Dia balik dengan misi mencari kereta untuk dibeli. Lepas aku hantar bini dan anak aku kat rumah mak mertua aku.. Aku follow Im bersama abah dan Haikal ke Proton. Sebelum tu dia dah gi servay kereta New Avanza di pusat Toyota Kemaman semasa aku kt klinik tadi.. Dia target untuk beli diantara New Avanza & Exora Bold.. Mulanya aku cadang ambik Avanza je sebab brand Toyota lebih dipercayai dan jimat minyak.. Tu pengalaman aku test drive Avanza 1.3 abang aku.

Hampir sejam lebih juga kami di pusat Proton tersebut pagi tu.. Dah banyak kemajuan kereta Exora Bold ni berbanding dengan exora yang lama..Sampai aku pun tertarik nak beli satu..tapi duit tak mengizinkan lagi.. pakai dulu la kereta yang ada tu... Im ngan abah duk teliti kecanggihan kereta tu.. sempat juga la kami test drive kereta tu.. Bagi aku, dengan enjin + keluasan/keselesaan + kecanggihan + DVD built-in / harga = berpatutan & puas hati... Im pun apa lagi..dengan bangganya menyaing borang booking kereta Exora Bold Executive Mt... Tunggulah kemunculannya nanti...
Selepas itu, aku teruskan misi mencari arnab yang comel untuk diisi didalam reban baru siap.. Oleh kerana aku dah servay secara tak langsung semasa reban dalam proses pembikinan dulu, aku terus je pergi ke kedai Tan Akuarium di Bandar Cukai Utama Kemaman.. Aku berkenan kat anak arnab 3 beradik yang entah berapa bulan. Aku tanya tokey kedai pun dia tak tau. Tanya jantina pun dia tak tau..Dia suruh aku check sendiri.. Aku pun mana tau..Fikir punya fikir..bincang punya bincang...Akhirnya dapat kata sepakat utuk ambik 2 ekor dulu dari 3 beradik tu.. Risau ketiga2 tu jantan jer... Kalau semua betina tu ok lagi... Jadi aku beli la 2 ekor dengan harga RM30 sekor..terus beli makanan pallet dia Rm8/5kg dan vitamin untuk arnab... 
Bulu agak lebat tapi macam serabai jer..tak terurus
Aku berkenan kat telinganya yang nak jatuh.
Dalam reban yang terpaksa berkongsi dengan anak itik buat sementara waktu

vitamin penambah tenaga jenama Bengy

Malam tu, demam Izzul bertambah panas sampai kaki tangan menjadi kejang. mata pula terbeliak keatas.. Risau gile aku.. Malam tu juga skali lagi bawa ke klinik.. Kena masukkan ubat melalui punggung..

Ahad (29-01-2012)
Pagi tu keadaan Izzul semakin ok.. tak tidur malam juga la umi dia menjaga Izzul..

Memandangkan cuaca cerah pagi tu, aku teruskan projek membaiki pagar kandang biri-biri.. penat gak buat kerja sorang-sorang ni.. Pembantu tak bertauliah plak si Asraff tu kejap ade kejap takde gi tengok arnab.. Akhirnya siap juga la...
Inilah pembantu tak membantu

Reban asal menggunakan kayu hutan
Bertukar menjadi pagar dawai besi
Lepas siap pagar tu, Aku teruskan projek seterusnya iaitu menanam rumput Napier.. Dah 5 hari aku rendam benih-benih rumput tu. Lokasi penanaman aku pilih di belakang kandang biri-biri sebab senang aku nak bagi makan nanti..hehehe...

Tanah baru digemburkan
Dekat dengan sumber air..senang nak siram.
Dah siap ditanam dan dipagar...
Sebelum tanam rumput tu aku dah gaulkan tanah dengan baja organik najis biri-biri.. Harap-harap cepatlah membesar..Biri-biri aku dah tak sabar nak makan...

Lepas penat membanting tulang menyiapkan semua projek tadi, aku pun merehatkan diri dengan menilik jantina arnab aku... Lepas diselidiki melalui maklumat yang aku dapat dari internet, macam kedua-dua tu betina... Aku fikir-fikir balik, rasa nak pergi ambik juga la seekor lagi arnab yang aku tinggal semalam tu.. lagi pun kesian pulak tengok dia kena tinggal sekor-sekor dalam sangkar tu...

Lepas solat Zohor, aku pergi semula ke kedai semalam dengan Asraf dan Haikal.. Nasib baik ada lagi... Aku terus beli dan bawa balik... Jadi sekarang ni aku dah ada tiga arnab...

Penghuni terbaru reban mewah
Bulu si putih pun dah bertambah ok..

Demam Izzul semakin baik tapi masih dalam pengawasan rapi umi dan abah... Semoga anak abah sepat sembuh...Amin...