Selasa, 31 Januari 2012

Aku & Hari Minggu Yang Banyak Cerita

Salam...
Hujung minggu lepas banyak betul yang terjadi... Ada yang dirancang dan ada juga yang tak dirancang berlaku... Nak start yang mana dulu yer.... Aku cerita ikut kronologi la yer... senang sikit...

Sabtu (28-01-2012)
Cadangnya pagi tu aku nak repair pagar kandang biri-biri aku yang dah mula reput.. Biri-biri aku sesuka hati dia jer keluar masuk.. Habis dia tibai pokok bunga orkid ma aku.. Mengamuk sakan ma aku.. Tapi ditakdirkan pagi tu hujan kadang-kadang lebat..

Jadi aku buat keputusan untuk bawa anak aku Izzulislam ke klinik untuk check demam.. Aku suspek dia deman pada hari Jumaat lagi sebab suhu badan dia kejap naik kejap turun.. Aku pergilah Klinik Ibnu Sina Kemaman (klinik panel syarikat aku kerja).. Doktor check dan sah dia demam. Tapi tak kuat sangat... Lepas tu aku hantar isteri dan anak aku ke rumah mak mertua aku.. Aku nak keluar semula...
Kesian anak abah

Adik aku Imran (MA Hospital Klang) balik bercuti selama 6 hari... Dia balik dengan misi mencari kereta untuk dibeli. Lepas aku hantar bini dan anak aku kat rumah mak mertua aku.. Aku follow Im bersama abah dan Haikal ke Proton. Sebelum tu dia dah gi servay kereta New Avanza di pusat Toyota Kemaman semasa aku kt klinik tadi.. Dia target untuk beli diantara New Avanza & Exora Bold.. Mulanya aku cadang ambik Avanza je sebab brand Toyota lebih dipercayai dan jimat minyak.. Tu pengalaman aku test drive Avanza 1.3 abang aku.

Hampir sejam lebih juga kami di pusat Proton tersebut pagi tu.. Dah banyak kemajuan kereta Exora Bold ni berbanding dengan exora yang lama..Sampai aku pun tertarik nak beli satu..tapi duit tak mengizinkan lagi.. pakai dulu la kereta yang ada tu... Im ngan abah duk teliti kecanggihan kereta tu.. sempat juga la kami test drive kereta tu.. Bagi aku, dengan enjin + keluasan/keselesaan + kecanggihan + DVD built-in / harga = berpatutan & puas hati... Im pun apa lagi..dengan bangganya menyaing borang booking kereta Exora Bold Executive Mt... Tunggulah kemunculannya nanti...
Selepas itu, aku teruskan misi mencari arnab yang comel untuk diisi didalam reban baru siap.. Oleh kerana aku dah servay secara tak langsung semasa reban dalam proses pembikinan dulu, aku terus je pergi ke kedai Tan Akuarium di Bandar Cukai Utama Kemaman.. Aku berkenan kat anak arnab 3 beradik yang entah berapa bulan. Aku tanya tokey kedai pun dia tak tau. Tanya jantina pun dia tak tau..Dia suruh aku check sendiri.. Aku pun mana tau..Fikir punya fikir..bincang punya bincang...Akhirnya dapat kata sepakat utuk ambik 2 ekor dulu dari 3 beradik tu.. Risau ketiga2 tu jantan jer... Kalau semua betina tu ok lagi... Jadi aku beli la 2 ekor dengan harga RM30 sekor..terus beli makanan pallet dia Rm8/5kg dan vitamin untuk arnab... 
Bulu agak lebat tapi macam serabai jer..tak terurus
Aku berkenan kat telinganya yang nak jatuh.
Dalam reban yang terpaksa berkongsi dengan anak itik buat sementara waktu

vitamin penambah tenaga jenama Bengy

Malam tu, demam Izzul bertambah panas sampai kaki tangan menjadi kejang. mata pula terbeliak keatas.. Risau gile aku.. Malam tu juga skali lagi bawa ke klinik.. Kena masukkan ubat melalui punggung..

Ahad (29-01-2012)
Pagi tu keadaan Izzul semakin ok.. tak tidur malam juga la umi dia menjaga Izzul..

Memandangkan cuaca cerah pagi tu, aku teruskan projek membaiki pagar kandang biri-biri.. penat gak buat kerja sorang-sorang ni.. Pembantu tak bertauliah plak si Asraff tu kejap ade kejap takde gi tengok arnab.. Akhirnya siap juga la...
Inilah pembantu tak membantu

Reban asal menggunakan kayu hutan
Bertukar menjadi pagar dawai besi
Lepas siap pagar tu, Aku teruskan projek seterusnya iaitu menanam rumput Napier.. Dah 5 hari aku rendam benih-benih rumput tu. Lokasi penanaman aku pilih di belakang kandang biri-biri sebab senang aku nak bagi makan nanti..hehehe...

Tanah baru digemburkan
Dekat dengan sumber air..senang nak siram.
Dah siap ditanam dan dipagar...
Sebelum tanam rumput tu aku dah gaulkan tanah dengan baja organik najis biri-biri.. Harap-harap cepatlah membesar..Biri-biri aku dah tak sabar nak makan...

Lepas penat membanting tulang menyiapkan semua projek tadi, aku pun merehatkan diri dengan menilik jantina arnab aku... Lepas diselidiki melalui maklumat yang aku dapat dari internet, macam kedua-dua tu betina... Aku fikir-fikir balik, rasa nak pergi ambik juga la seekor lagi arnab yang aku tinggal semalam tu.. lagi pun kesian pulak tengok dia kena tinggal sekor-sekor dalam sangkar tu...

Lepas solat Zohor, aku pergi semula ke kedai semalam dengan Asraf dan Haikal.. Nasib baik ada lagi... Aku terus beli dan bawa balik... Jadi sekarang ni aku dah ada tiga arnab...

Penghuni terbaru reban mewah
Bulu si putih pun dah bertambah ok..

Demam Izzul semakin baik tapi masih dalam pengawasan rapi umi dan abah... Semoga anak abah sepat sembuh...Amin...

Jumaat, 27 Januari 2012

Aku & Napier

Apa itu Napier??? Napier adalah sejenis rumput yang dijadikan makanan kepada haiwan ternakan terutamanya kepada lembu dan kambing... Nama lain bagi rumput ini ialah Rumput Gajah (sebab dia besar2 kot)..

Yang aku tau, rumput napier ini ada beberapa jenis di Malaysia. Antaranya Napier tempatan, Napier Taiwan dan Napier India. Yang terbaik adalah india kerana kandungan protiennya melebihi 20% dan tidak miang macam napier tempatan.

Kenapa pula tetiba aku cerita pasal rumput ni kan...
Sebabnya...biri-biri aku nak makan la...hihihi...

Sementara aku tunggu ketibaan arnab ni, molek rasanya aku tanam rumput napier ni. Sekarang pun masih musim hujan.. amat sesuai la untuk menanam rumput tu.. Lagi pun rumput ni sesuai juga bagi kat arnab aku dan itik abah aku makan nanti...

Ini la benih rumput Napier tu. Aku dapat dari member aku. Dia ambik dari mak mertua dia yang juga penternak kambing. Aku dapat je benih ni pada 24/1/2012 terus aku rendam dalam air nak bagi akar dan tunas dia keluar...







Ini keadaan selepas 3 hari aku rendam dalam air.. Tunas dah mula keluar.










Sebelum tanam rumput ni, pagar kena buat dulu.. nanti tak sempat membesar dah disebat oleh si Castelle , Britney dan anaknya la...

Aku & Update Reban Arnab

Alhamdulillah... Reban arnab yang aku usahakan selama lebih kurang 3 minggu ni akhirnya berjaya juga disiapkan.... Amboi..sampai 3 minggu tu..besar sangat ke reban tu...

Bukannya besar pun.. Kecik je pun.. tapi aku buat hujung2 minggu n petang2 lepas balik kerja... tu pun banyak off sebab hari hujan.. tak pun aku gi buat kerja part time kat bengkel welding member aku... Tapi siap mengikut target asal aku la sebab kalau siap awal pun tak boleh nak beli arnab lagi.. kena tunggu gaji gak... Duit yang si Asyraf kumpul pun tak cukup lagi...

Ini reban gaya mewah aku >>>>
Sekarang ni, anak itik abah aku yang baru sampai dari Kota Bharu tumpang tidor dalam reban ni.. Nanti tuan sebenar dah datang, itik-itik ni terpaksa berpindah la....

KOS PEMBINAAN

Bumbung >
Asalnya tempat keluar asap dari dapur rumah. Selepas di renovate, benda alah ni di buang gitu je.. dengan sedikit kreativiti aku, jadilah bumbung reban arnab aku. Harga: PERCUMA









Zink yang aku pegang tu asalnya aku jumpa tepi jalan..Harga : PERCUMA












Kayu >
4 batang tiang reban aku ambil dari sini.. Asalnya kayu rangka bumbung rumah kuarters yang dah dirobohkan. Abah ambik dan simpan disini. Aku ambil 2 batang..(Abah marah..hehehe)

Kayu palang & kayu2 lain aku kutip dari tempat pembakaran terbuka jiran2 aku.. nasib baik aku sempat selamatkan.. Ada juga aku ambik dari almari kayu yang dah reput. tapi kayu still ok..

Harga: PERCUMA



Pintu >
Asal dari pintu kabinet dapur ma aku..Disebabkan papannya dah reput dan engsel pun dah berkarat, ma aku buang je pintu ni. tinggalah kabinet tu tak berpintu.. Aku pun ambik la.. Buang papan, kemaskan balik bingkai pintu tu dan pasang engsel baru..siap...

Harga : PERCUMA











 
Zink Belakang >
Zink ni abah bawa balik dari opis dia.. katanya ada alat yang dah kena bos..apa yang boleh diguna dia bawa balik la...

Harga: Percuma






Dawai Jaring (wire mesh) >

Pada mulanya aku nak guna yang terpakai jer yang adik aku kutip tu... tapi aku risau tak tahan lama dah berlubang reban aku ni... Nak pasang semula tu bukan senang... jadi aku pun pilih2 yang mana boleh guna, aku guna dulu dan yang mana tak cukup tu aku beli lain... Selepas dihitung-hitung, aku pun terpaksa membeli lagi 4 meter dawai jaring ni..

Harga: RM10/1m x 4m = RM40








Lain-lain hal >
Paku : Aku guna lebihan projek rak bunga abah aku. Harga: PERCUMA
Engsel : Terpaksa beli sebab takde yang nak sponser. Harga: RM1.30/2pcs x 2 = RM2.60
Selak : Terpaksa beli juga : RM2.00 x 2 = RM4.00
Engsel Kunci : RM1.60
Cable tie : RM9.90/250pcs. Banyak lagi lebih.. boleh guna untuk next project pula...

KOS KESELURUHAN : RM58.10

Kat sini aku tunjukkan bentuk keseluruhan reban arnab aku....

Pandangan hadapan
Pandangan sisi kiri
Pandangan sisi kanan. Nampak tangga ke tingkat atas.
Pandangan Belakang
Sekarang ni hanya tunggu arnab bertuah yang berjaya menarik perhatian aku untuk merasmikan kediaman mewah ini..hehehe...

Khamis, 26 Januari 2012

Aku & Kalendar

Dah nak habis bulan pertama tahun 2012 ni baru aku perasan yang aku dah jadi model untuk kalendar 2012..hehehe... tak caye ker... tengok ni...

Bulan Mac - Aku yang pakai baju oren putih tengah baca doa masa program Dato Zam turun Padang
Bulan Mei -Aku ngan ramai-ramai dalam air tu masa kursus New Blood di Trolak Perak
Bulan Ogos - Aku betul2 kat kaki player jersi 25 tu. gambar masa sukan KASTEL 2011
Caye tak... jadi model kalendar TM tu... pasni bertambah peminat kot.... hehehe...

Aku & Reban Arnab

Projek pembukaan tahun 2012 >>> bela arnab....

Sekarang aku tengah berusaha untuk menyiapkan reban arnab kos rendah gaya mewah..hehehe... camne tu yer...

Dalam projek ini aku cuba meminimunkan kewangan dalam menyiapkan satu reban arnab. 90% bahan pembinaan yang telah diguna dan akan digunakan adalah bahan terpakai yang dikutip dari sekitar rumah.. Adik aku si Asraff yang menjadi mangsa dalam misi mencari ini...Nasib baiklah dia pun bersemangat untuk membela arnab.

Memotong zink untuk dijadikan bumbung depan
Rangka reban yang dibuat gaya try n error..takde plan pun...
Dah pasang bumbung depan
Dah siap 80%
Itulah namanya kos rendah gaya mewah...
Gaya mewahnya sebab reban ni mempunyai 3 tingkat..asalnya nak buat 4 tingkat tapi takut ruang nak melompat jadi sempit sangat jadilah 3 tingkat saja..Arnab-arnab aku nanti mesti seronok main panjat-panjat tangga.hehehe...

Nanti aku update lagi lepas reban ni siap.....

Rabu, 25 Januari 2012

Aku & Biri-biri

Masa aku bebudak dulu, orang selalu kaitkan aku ngan binatang ni... sebab rambut aku kerinting (tapi smart)...

Tapi sekarang aku bukan nak cerita pasal rambut aku yang ikal mayang ni... ini adalah cerita tentang binatang ternakan pertama aku di alam besar ini.hehehe... kecik-kecik dulu biasa bela ikan paya, burung murai & belalang tapi semuanya sampai umur ditangan aku.

Biri-biri ni aku beli bulan 11 tahun 2010 masa umur diorang 8 bulan (kata tuan asal tu la) dengan harga RM500 Sepasang.. Selepas aku bela dengan penuh kasih sayang selama setahun, akhirnya biri-biri ni berjaya melahirkan baby boy nya yang sulong pada 15/12/2011... Kena musim hujan pulak.. Nasib baik la anak biri-biri ni kuat semangat. Masih dapat hidup sampai sekarang. Alhamdulillah....

Masa awal-awal aku beli biri-biri ni, susah gila nak jaga diorang ni.. terutamanya yang betina tu.. takut sangat ngan orang..yang jantan pula duk jadi pak turut si betina jer..sayang isteri kot... pantang terlepas jer mesti diorang lari balik rumah tuan lama diorang jumpa kawan-kawan lama.. yang susahnya aku la nak bawa dia balik rumah semula. Puas ditarik..tak nak juga berjalan.. Akhirnya aku angkat naik atas motor..hehehe...

Sekarang ni dah tak risau... jauh mana pun biri-biri ni gi berjalan, dia tetap akan balik rumah..Anak dia pun sihat jer...

Si jantan tu isteri aku bagi nama Castello, yang betina namanya Britney... Anaknya takde nama lagi...

Masa mula2 sampai reban baru. Tali sentiasa kena ikat takut lari. Sori la yer rumah baru ni kecil sikit
Ini Baby Boy pada hari kedua kelahiran. Sekarang dah sebulan lebih
Happy family ^_^

Jumaat, 20 Januari 2012

Aku & Keluarga

Awal-awal ni tulis pasal keluarga dulu la... pastu baru boleh mengarut ke lain...hihihi...

Gambar atas ni carta terbaru keluarga aku (last updated 12/2011). Adik beradik aku ade 8 orang. 5 lelaki 3 perempuan. Hak dah khawin ada 3 orang termasuk aku. Abang aku dah ade 2 orang anak lelaki yang super aktif... Adik perempuan aku dah ada sorang anak perempuan. Aku lak baru dapat sorang anak lelaki yang comel... hak lain2 tu masih solo..

Ma n Abah aku rasa boleh berbangga sebab semua anak yang dia asuh Insyaallah menjadi "manusia"... Sekarang tiba giliran aku n isteri aku mendidik anak kami dengan sempurna dunia n akhirat...

Usrati Jannati....

Aku & Dunia Blog

Posting pertama untuk blog baru....hehehehe....

Sebenarnya aku bukanlah asing dengan berbloging ni... ni dah blog ke berapa dah pun aku tak ingat.hehehe... tapi buat separuh jer tinggal, buat separuh jer tinggal... yang ni tak taula bertahan berapa lame...

Dulu-dulu aku suka sangat buat karangan kat sekolah... Pantang cikgu suruh jer terus aku buat... hasilnye BM masa SPM dapat A1..hehehe..bukan nak riak yer... Dah besar-besar ni rasa nak menulis tapi tak tau nak tulis ape.. takde tajuk... tu yang blog buat separuh jalan jer tu...

Apa-apa pun... teruskan menulis selagi nak menulis....