Isnin, 26 Mac 2012

Aku & Puyuh

Assalamualaikum....
Hari Jumaat lepas 23 Mac 2012 aku dengan tak sengajanya telah membeli anak puyuh untuk dibaikkan.. Ini disebabkan kegagalan inkubator aku beropeasi dengan sempurna. Setelah cukup masa aku berikan kepada telur-telur tu untuk menetas, akhirnya aku membuat keputusan unuk memaksa beliau menetas... Jadinya begini la...
Jadi, untuk menambahbaik inkubator aku ni aku memerlukan telur-telur yang boleh dieram untuk bahan eksperimen aku. Keputusannya aku akan membela puyuh untuk mendapatkan telur-telurnya. Sebabnya kadar pembesaran & tempoh matang puyuh agak cepat berbanding ayam. 

Dengan tak semena-mena pagi Jumaat tu aku deal dengan bro Mamat Melake (Blog dia boleg tgk kt SINI) untuk membeli anak-anak puyuhnya.. Alhamdulillah aku dapat anak puyuh last dari inkubatornya. Katanya induk-induk puyuh tu semua dah disembelih buat gulai. Dia nak beralih kepada ayam pula. Aku dapat 13 ekor puyuh putih dan 6 ekor puyuh coklat dengan harga RM10. TQ bro...

Dalam brooder bersama anak ayam kampung
Anak-anak puyuh tersebut aku letakkan bersama-sama 8 ekor anak ayam kampung yang berumur seminggu di dalam brooder. Tapi aku kena letak dawai sempadan bagi mengelak anak-anak ayam tu terpijak anak puyuh.

Reban untuk puyuh dewasa juga aku terpaksa bina dengan segera memandangkan aku memang tiadak ada tempat untuk meletak mereka ini bila dah besar. Pagi Sabtu lepas selepas membari makan ternakan-ternakan lain, aku mulakan projek reban puyuh..

Kali ni pun macam projek-projek sebelum ni juga, Semuanya dari bahan terpakai dan kitar semuala... Kayu-kayu aku dapatkan di sekitar rumah. Kebanyakkan kayu dari pagar lama belakang rumah dan kayu pallet batu bata untuk projek repair longkang depan rumah aku.. Yang kena beli untuk projek ini hanya jaring dawai (BRC) sepanjang 3 meter dengan harga RM8 semeter dan paku RM4 sekilo. Reban tu berjaya siap 80% memandangkan ada tetamu yang bertandang ke rumah aku & hari Ahad aku keluar shoping dengan keluarga. Baki 20% lagi akan disiapkan pada hari Sabtu depan. Harapnya tiada halangan lagi.

Gambar reban dan proses pembinaannya aku lupa nak tangkap sebab terlampau kusyuk bina seorang diri. Nanti dah siap aku tangkap gambar & tunjuk kat korang...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan